|
Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 |
|
31 Ogos 2010 Warga Pentadbiran Minda Perdana mengucapkan Selamat Hari Kemerdekaan ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia. Tema kemerdekaan tahun ini "1 Malaysia Menjana Transformasi" mengajar kita menjana perubahan diri menuju kegemilangan diri. Justeru, kepada semua ahli Minda Perdana, marilah kita melakukan perubahan ekonomi kendiri khususnya melalui Minda Perdana yang ternyata berupaya menjadi satu flatform menjana pendapatan memberangsangkan melalui plan pemasarannya yang Unik, Berani, dan Penuh Ihsan. |
|
|
Selamat Berpuasa Tahun 1431H |
 Warga Pentadbiran Minda Perdana (MP) mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam. Ungkapan khusus buat ahli-ahli MP, semoga Ramadhan tahun 1431H ini menjadi medan yang terbaik untuk kita memperbaiki peribadi diri dan meningkatkan motivasi diri untuk berjaya bersama MP. |
KHAS 6 Ogos 2010 Warga Minda Perdana (MP) merakamkan ucapan takziah kepada ahli aktif MP di Tuaran, En. Amat bin Masaide (MP001098) atas kembalinya ke rahmahtullah isteri tercinta beliau Pn. Sofaida Hj. Dacho tengah malam tadi di SMC, Likas. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi dan dirahmati Illahi. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... |
Makluman Awal: PROMOSI KEAHLIAN MP-SIDABerita gembira untuk ahli-ahli Minda Perdana (MP) khususnya ahli yang ingin menaiki bas SIDA. Diskaun tambang bakal diberikan oleh pihak pengurusan bas SIDA. Ahli MP perlu menunjukkan kad keahlian MP berserta Kad Pengenalan/Pasportnya sendiri. Diskaun tambang hanya layak untuk nama yang tertera pada kad keahlian MP sahaja iaitu tidak melibatkan anggota keluarganya atau orang lain yang bukan ahli MP. Hal ini bermakna pemegang kad keahlian MP layak mendapatkan diskaun tambang bas SIDA, untuk diri sendiri sahaja. Lanjutan daripada hal ini, maka satu promosi keahlian khas yang dinamakan PROMOSI KEAHLIAN MP-SIDA ditawarkan dan akan dilancarkan menjelang Ogos 2010 ini. Berlainan dengan cara menjadi ahli yang biasa, dalam promosi keahlian ini prospek (bakal ahli) hanya perlu membayar RM50 sahaja untuk melayakkan prospek menjadi Ahli Kelab. Dengan bayaran RM50 tersebut, prospek akan menerima produk dan keistimewaan yang berikut:
(i) Kit/Fail Keahlian Minda Perdana
(ii) Kad Keahlian Minda Perdana (Kad keahlian sementara akan diberikan sebelum kad keahlian sebenar siap diproses). Kad Keahlian MP ini diterima pakai untuk mendapat diskaun tambang bas SIDA apabila ditunjukkan berserta Kad Pengenalan/Pasport sendiri kepada pihak pengurusan bas SIDA. (iii) 1 (satu) botol Kismis Minda Perdana (250 gram) (iv) 1 (satu) baju t-shirt berlogo Minda Perdana dan bas SIDA. Nantikan maklumat lanjut!... atau anda juga boleh menghubungi talian 017-8351003/014-7041268/089-220903 (P).
|
|
Ramadhan, Beramal melalui Minda Perdana |
Ramadhan, bulan yang penuh keberkatan kian menjelang tiba. Sempena ketibaan bulan yang mulia ini, Minda Perdana (MP) mengambil inisiatif khas dengan menyediakan ruang untuk sesiapa yang berminat beramal dengan memberikan sumbangan khusus pada bulan mulia ini. MP bertindak sebagai perantara atau penyalur sumbangan anda kepada pihak yang selayaknya. Sila berhubung terus dengan CEO Minda Perdana, Ust. Ridwan Baharun melalui talian 017-8351003 (HP) atau 089-220903 (Pejabat MP).
|
|
|
|
|
|
|
Page 1 of 5 |